Pages

Sunday 9 October 2011

{ Kerinduan.......}


...kerinduan bertandang,
bagai hembus bayu menyapa helaian anak rambut,
ku lihat anak kecil sedang bermain-main di sawah padi,
ku pandang jauh ke hujung dunia,
aku menanti seseorang yang masih tidak hadir,
seseorang yang amat kurindui,
wajahnya tidak ku temui tapi di celah bayang-bayang mentari fatamorgana,
terlintas wajahnya ku tatapi,
rindu pada kenangan itu,
kenangan yang bertandang bermain di benakku satu persatu,
betapa aku menyayangi insan itu,
tiada yang mampu menggantikan tempatnya barangkali kerana dia yang pertama & terakhir...

aku rindukan kenangan itu...
sem0ga masih ada lagi ruang,umur yang panjang dan waktu untuk kita bertemu,
walaupun kita dipisahkan dengan beribu-ribu jarak dan benua,
sem0ga ukhwah ini kekal bukan sahaja di ingatan tetapi dalam d0a buatmu yang aku sayangi...


Ya ALLAH...
terima kasih atas peringatan ini,
m0ga ukhwah yang dibina ini akan sentiasa mengingatkan aku kepadaMu,
siapa aku di dunia yang sekadar pinjaman ini,
ALLAHUAKBAR...





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...