Pages

Tuesday 11 October 2011

<---- Dunia Imaginasi @ Dunia Khayalan...[ credit t0 my bel0ved teacher ; sir Azman ]

Assalamualaikum!!! hell0 semua~~

Apa khabar harini...harini saya ada satu entry nak cerita, teruja sangat nak cerita cause this story about my beloved teacher;)

My teacher is a man,we call him sir Azman, he is a talkative person, but not a talkative in not useful matters, he always stories about his experience's life, his family's,background's and all as long as he can talk...in the class we always laugh about his stories and we love s0 much.
he said it is one of the strategy to put us in concentrate and more focus in his lessons...he didn't like his students asleep,sleepy or have other works to do than pay attention.

***
one day,in our class,we had have talking about mall,about class situation surrounding us, sir Azman said institute educati0n must be creative,innovative to attract students more cheerful in studying.

***sir ada cakap yang kelas ni boring because suasananya,sebab kami study dekat kelas Kuliyyah Arts and Enviroment Designs.so,for sir dalam kepala bila art & design,mesti kelas pun nampak macam ceria,baru ada suasana keseronokan dalam pembelajaran but instead of...

*** so, sir pun start bercerita mengenai impiannya @ imaginasi mengenai seandainya dia adalah seorang menteri pelajaran,dia akan memastikan yang bentuk sekolah tidak akan sama pada semua tempat iaitu seperti bentuk yang kita lihat sekarang,iaitu segi empat..

jika boleh sir nak plan bangunan tu,contoh bentuk L kedudukannya @ bentuk macam bulatan kedudukannya...lebih menarik & seronok untuk didatangi oleh pelajar..
          
          -> Actually macam-macam lagi sebenarnya imaginasi & impian seorang pendidik seperti sir saya,beliau seorang former student's university from USA in Master in English..we love him so much because his style and ways in teaching us..

dia nak bina students mall yang strateginya berpusat di dalam kampus di mana student can make money likes business & we can use leisure time without being worried;)
my sir is dedication teacher that i known...sm0ga Allah merahmati my sir dunia akhirat atas ilmunya;)

          -> that's all my story about my beloved teacher...siapa pun beliau,beliau tetap orang yang memberi ilmu, maka hormati lah guru untuk keberkatan ilmu itu.
 
==> Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)

 ==> Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)


ilmu itu sangat berharga...tinggi darjat orang berilmu di sisi ALLAH s.w.t

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...