Pages

Monday 31 December 2012

Puisi buatmu Lu'lu' Manthuura....( Permata Yang Bercahaya )

Kuntum – kuntuman ukhwah layukah di pusara...?

Teman...
Ingin ku bertanya,
Mengapa dan kenapa...

Mengapa dibiarkan,
Kuntuman mewangi ukhwah ini tercemar harumannya...
Tandus keseriannya...
Adakah dek kerana sebuah episod dugaan kecil dari DIA MAHA KUASA,
Kita...sanggup membiarkan,
Kelopak ukhwah bersama harapan dan ketulusan...
Jatuh bertaburan gugur berselerakan...

Temanku,
Diri ini amat merindukan bauan haruman yang dahulu,
Mewangi menusuk ke dalam jiwa masih lemah itu,
Seolah-olahnya memberi sesuatu kekuatan...kekentalan,
Menempuh berbagai rintangan berbau kedukaan...
Dan temanku..
Kaulah ku anggapkan sahabat kiriman dariNya..
Tercipta buat hamba yang kerdil dan dhoif ini..

Entah mengapa, bila mana dugaan yang pernah dihadirkanNya buat diriku telah hilang,
Terbang bersama angin lalu,
Aku berasa amat merindukan tiap titik kedukaan itu...
Biarpun hati ini bagaikan terkoyak pedih lukanya,
Kerana temanku...
Di kala itu,
Haruman ukhwah,
Sentiasa teguh menemani diriku..

Dan Tuhanku...
Andai Kau dengar keluhan hati seorang sahabat yang tiada seberapa ini...
Takdirkanlah apa sahaja yang terbaik buat kami..
Pintaku padaMu Ya Rabbi,
Hadiahkanlah tiap yang terindah buat temanku itu...
Kerana hadirnya,
Pernah merawati keperitan jiwa ini,
Pernah memberi diri ini peluang merasai nikmat yang terindah dalam persahabatan,
Yang walaupun mungkin sekadar seketika cuma...
Namun ku pasrahkan hati ini,
Redho menerimanya...

“Terima kasih yang tidak terhingga buat mu,teman”

Terbitan pena dari seorang teman,
... “Dhumyah” .. 
(Rumaisya Batrisya)

Alfun syukran atas nukilan ini sahabatku :)
ukhwah itu tetap mekar andai ALLAH matlamatnya ^_^

Friday 30 November 2012

Suara Hati



Arini kita sedar bahawa bumi ini berputar di paksinya sendiri tanpa mengira masa & waktu,
Arini kita sedar bahawa perjalanan itu sangat panjang,
Arini kita sedar bahawa masa itu tidak akan menunggu kita,
Tetapi sedarkah kita bahawa nyawa kita hanya dekat sejengkal berada di pergelangan tengkuk kita sentiasa menemani kita.

Masanya telah tiba bila waktunya sampai…
Masanya akan sampai andai itu panggilan dari Tuhan Sekelian Alam…
Masanya datang pada sesiapa yang dipanggil Tuhan tidak kira pangkat & darjat~

Kelmarin yang pergi takkan kembali*
Arini yang tiba telah kita terokai*
Esok yang menjengah belum kita ketahui*

~Ya ALLAH hambaMu yang hina sentiasa memohon keampunan & syafaat darimu serta kasih sayangMu…Allahurabbuna~



Tuesday 23 October 2012

ciNtA~TauTaN 2 haTi


~SOAL HATI LAKARAN JIWA~

Mudah terungkap di bibir...payah untuk digambarkan melalui realiti
Hati sering berbicara...orang selalu kata & kita suka dengar apa orang kata
Mungkin de yang benar apa dikata, mungkin ada yang boleh dijadikan tauladan, mungkin bisa hanya sekadar bualan & sempadan
Segala suratan telah tertulis sejak azali, jodoh,rezeki, kehidupan & jua kematian setiap insan bergelar hambaNya
Bicara mengenai jodoh, bukan urusan kita, segalanya urusan ALLAH, kita hanya mampu berusaha & merancang...
Melihat kepada sahabat-sahabat yang sudah mendirikan binaan masjid, semua mengatakan perkahwinan itu satu mahligai yang indah & rugi bagi mereka yang tidak mahu berkahwin

Tetapi beza dengan hati yana, dari dulu sampai kini, sejak di bangku sekolah, hati & jiwa lebih terarah kepada impian,kerjaya,belajar & juga balas jasa ibu bapa
Tidak sedikit pun pernah terlintas di hati untuk memikirkan soal berkawan, soal jodoh apatah lagi untuk memberi komitmen kepada hidup berpasangan hatta sehingga kini
Apatah lagi apabila Islam tidak pernah memberi lampu hijau bahawa bercinta sebelum kawen kerana yang ada hanya taaruf sebelum berkahwin

Apabila meningkat dewasa & umur mula mencapai suku abad, pernah hati ini berbisik, indah mungkin hidup berumahtangga, berkongsi hidup membina mahligai & syariat ALLAH serta melahirkan zuriat peneraju ummah...
Huh! Tetapi setiap kali ada yang cuba mendekati, yana takut untuk menghadapi perasaan & juga realiti untuk berkongsi hidup dengan orang lain...kadang-kadang terpikir  diri masih belum sedia untuk terima bahawa yana perlu beri komitmen pada orang lain bahkan impian yang ingin dicapai belum lagi tercapai hatta diri sering memikirkan kekurangan,menjadikan yana lebih selesa membekukan minda untuk berfikir soal jodoh

Ya Allah bukan niat di hati untuk menidakkan perkahwinan itu,sering terpikir bahawa yana tak nak mendirikan rumahtangga tetapi setiap kali terpikirkan kekasih Allah Rasulullah & perlaksanaan syariat, maka akan diri ini laksanakan juga sunnah mu Ya Rasulullah sebagai tanda cinta & kasih ku pada mu kekasih ALLAH. Astaghfirullah Al-‘azim,ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah,sem0ga Kau rahmati hidupku dunia akhirat dengan kasih sayangMu dan hadirkanlah seseorang yang mampu memacu diri ini ke arah cinta & redhaMU.

Susah hati ini untuk diketuk, sehinggakan setiap kali ada yang merisik, yana tolak secara baik dengan alasan yang munasabah...Alhamdulillah parents memahami diri ini setiap kali yana menyuarakan hasrat hati bahawa masih belum bersedia untuk berkahwin

Tetapi kali ini berbeza, apabila nenek menyuarakan hasrat hati sebuah family untuk merisik khabar diri ini, & kesungguhan nenek mahu yana mendirikan mahligai bersama seorang lelaki anak kenalan nenek, yana cuba untuk membuka hati. Tetapi diri ini masih ambil endah tidak endah
Apabila nenek bersungguh memberikan gambar lelaki itu, hanya satu ungkapan dari ku... “insyaALLAH doakan yana jika ada jodoh, yana akan kawen, jika tiada jodoh, yana tak kisah pun hanya perlu redha & berlapang dada, sebab tengok picture still hati masih tidak terusik lagi, jawapan hanya pada ALLAH, jika DIA mengiyakan pada istikharah yana, yana akan terima kali ini dengan hati terbuka & berlapang dada”

Ya ALLAH, diri masih memikirkan samada bakal suamiku nanti boleh terima kekuranganku, kelemahanku, keluargaku seadanya...
Yana selalu pikir, risau menghadapi bakal suamiku nanti, benarkah dia seorang yang lemah lembut terhadap keluarga, berakhlak baik,berilmu agama serta boleh memimpin yana ke arah redhaNya...

Bukannya fobia cuma ketakutan sentiasa menghantui diri apabila menghadapi masa depan yang belum kita ketahui apakah kisah & coretan buat diri mampu kita tempuhi
Tetapi tidak pernah untuk melangkau lebih jauh dari pemikiran realiti, hanya serahkan & bertawakkal segalanya pada Allah dalam penentu jodoh

Maka,tunggulah 2 bulan lagi apa jawapan yang bakal dicipta, samada mendirikan mahligai seperti yang dijanji @ hanya redha dengan ketentuan Illahi...

Saya tetap saya, yang mencipta bahagia di tangan sendiri, yang melakar cerita di pena minda, yang berjalan seiring putaran bumi menanti saat roh di angkat pergi menemui pencipta Teragung Tuhanku Ya Illahi


~insan kerdil mengharap kasih Illahi~

Sunday 14 October 2012

~ Memahami Jiwa Mereka ~



Beza Simpati & Empati...mungkin semua orang mampu simpati tapi tak semua orang mampu empati.

Manusia hanya mampu bercakap tapi tak  semua mahu menyelami perasaan insan-insan seperti mereka.

Betul..orang tak mampu merasa apa yang kita rasa, orang hanya mampu melihat & bercakap.

Kadang-kadang terpikir,memang ini sifat manusia,hanya mampu mangadili secara luaran tetapi tak mampu untuk memahami & memberi rangsangan motivasi, inspirasi & resolusi yang terbaik.

Mungkin pernah ada yang mencuba untuk membantu tetapi setakat mana kemahuan & kesabaran itu bertahan untuk membantu, yang terzahir hanya terhenti di tengah jalan.& membiarkan Insan seperti mereka terus hanyut & berlalu tanpa bimbingan. tak semua orang mampu menjadi da'ie terbaik untuk menerima mereka seadanya andai lelah & penat di tengah jalan yang mereka hitungkan.

Dahulu kata kawan,sahabat baik,adik,kakak,saudara seislam..membantu bila gembira,meninggalkan bila terluka & sengsara, susah & payah.
Dahulu mula2 berjanji engkaulah segalanya & akan sentiasa berada di sisi kerana ukhwah itu indah,akhiranya bila penat melanda,sengketa tiba..hanya ungkitan,hanya luahan yang menyakitkan di hujung jalan. akhirnya ukngkapan untuk saling bersama pada mulanya hanya omongan kosong.

Andai seorang ibu mampu mendoakan anaknya selama 30 tahun supaya anaknya diberi hidayah, & ibu itu mampu bersabar, natijahnya ALLAH makbulkan..adakah susah bagi kita untuk mendoakan orang yang terdekat kita supaya berubah dengan penuh sabar & tanpa merungut. insyaALLAH kita mampu andai Islam itu lah pasaknya & Allah lah destinasinya.

Apabila sesama sendiri dikhianati..kesudahan yang tinggal hanya kenangan buruk. yang indah akhirnya tinggal mem0ri & terkubur. inilah sifat insan.
yang sekeliling hanya tahu menyalahkan..Akhirnya baru tersedar bahawa tiada kekuasaan melebihi segalanya melainkan DIA TUHAN YANG ESA PENCIPTA KITA SEKELIAN ALAM


~khas untuk insan yang paling saya cuba fahami keadaan & situasinya sekarang~sem0ga terus berjalan dengan setabah yang mungkin walau apa pun insan lain cuba bercakap. saya akan cuba sedaya upaya pegang kalian selagi nyawa & hayat mampu untuk mendoakan yang terbaik untuk kalian. sem0ga kalian diberkati dunia akhirat~

Friday 12 October 2012

Seputih Salju Sedingin Kalbu :)



sesuci kalbu...secebis hening...
kasih abadi...
runtun hati pada yang satu...
Dialah Pencipta Ku...
Allah Yang Esa..
ku rindu tanah bumi barakah itu...
tatkala hadirnya diriku kaki melangkah...
ku berjalan dengan rasa gah...
kerana syukurnya diri diberi rahmat & peluang...

kini ku melayari hidup di bumi Malaysia....
tetapi kekadang wajah ini merindui pada bumi itu...
suasananya,ketenangannya, ku bibitkan air mata kerinduan buatmu wahai bumiku...

dulu aku masih lagi di situ,menghirup ketengan damai hati dalam misi pencarian ilmu,
tetapi Ya ALLAH kini ku layari seribu erti mencari maghfirah dalam penyebaran dakwah di dunia fana,
moga kuatnya hati,cekalnya diri...sisipan buat pencipta alam ;)

Duhai tanah yang banyak berjasa, dulu engkau memutih di hiasi salji & gelak tawa manusia tatkala cerita dilayarkan...
Kini hanya tinggal keringat peluh membasahi dahi, kekuatan diri menentang pengkhianat agama di bumi sendiri, yang tinggal hanya darah yang memenuh di segenap pelosok muka bumi atas nama jihad yang perlu diperjuangkan...

Allah Allah Allah, hanya namaMu yang membina kekuatan dalam setiap nadi jasad yang hidup memperjuangkan agamamu...
tenanglah mereka di sana...
kerana jiwa yang syahid itu tidak pernah mati bahkan terus hidup di sisi penciptaNYA...

Aku panjatkan doa & sujud buat mereka terus kuat membina benteng jihad dalam menegakkan kalimah yang satu...
takbir ALLAHUAKBAR~
Syria 2009 in our memories...Ya ALLAH,Kau berilah pertolongan
 kepada umat Islam di sana.

Wednesday 10 October 2012

()()() Pemilik Yang Maha Agung ()()()

Derai ombak di persisiran pantai membuatkan hati mudah terleka mengenangkan masa depan & masa lampau...

Bunyi cengkerik di waktu malam, di kesunyian & keheningan sepi malam mengajak diri berfikir sejenak kekurangan & kelemahan diri yang perlu dibaiki serta muhasabah dari masa ke semasa...

Rindu itu berlegar di kotak minda, rindu itu suatu ungkapan yang mudah dilafazkan tetapi sukar diungkaikan & makna yang sangat mendalam...

Getaran hati berbicara adakah esok aku masih berdiri & berpijak di bumi yang nyata, adakah DIA Maha Pencipta sudi meminjamkan diri helaan nafas & denyutan nadi bagi hambaNya yang hina...

Tetiba terlintas di benak fikiran kata-kata Prof. Dr. Muhaya "fikir positif, rasa positif, beri positif & kita akan dapat positif begitu juga sebaliknya".

Tatkala kaki melangkah menuju destinasi, selalu ku berfikir adakah ini jalan terbaik yang ku pilih...arahkan diri ini Ya ALLAH ke arah keredhaanMu.
Aku rindu tetapi ku bersyukur & redha kerana setiap sesuatu yang dipinjamkan pasti akan ada kehilangan.



Saturday 6 October 2012

<< UngkaPaN SeriBu baHaSa >>



~LULUHAN JIWA~

Thabbit Qulubana bi nuri hidayatik :)


Ceria itu adalah diri…
duka itu adalah hati…
menyusuri perjalanan yang panjang sukar untuk dimengerti…
kadang berliku kadang berduri…
di pertengahan jalan sangat lah sukar menghadapi…
tanpa kekuatan & ketegaran jati diri…
mungkin boleh jatuh tersungkur tanpa belas kasihan & sayunya hati….
tetapi kita perlu sedar, rupanya sepanjang jalan itu ada mata yang memerhati & sudi menemani…
Dia lah Pencipta Alam Tuhan Yang Maha Agung (Allahu rabbuna) tanpa kita sedar sudi menghulurkan secebis kasih buat hambaNya yang disayangi…

Ku lalui malam di pertengahan jalan,
Hanya air mata yang laju mengalir tanpa kusedari turut berjalan,
Menggamit sisa malam keluar mencari teman,
Masihkah ada yang sudi menghulurkan bantuan,

Disinilah kita melihat segenap ruang dan peluang,
Moga denyutan nadi yang berbaki adalah pecutan,
Pecutan dalam mencari kerahmatan,
kerahmatanMu Ya Illahi Tuhan Semesta Alam…





Nukilan hati : Ida Dayana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...