Bunyi cengkerik di waktu malam, di kesunyian & keheningan sepi malam mengajak diri berfikir sejenak kekurangan & kelemahan diri yang perlu dibaiki serta muhasabah dari masa ke semasa...
Rindu itu berlegar di kotak minda, rindu itu suatu ungkapan yang mudah dilafazkan tetapi sukar diungkaikan & makna yang sangat mendalam...
Getaran hati berbicara adakah esok aku masih berdiri & berpijak di bumi yang nyata, adakah DIA Maha Pencipta sudi meminjamkan diri helaan nafas & denyutan nadi bagi hambaNya yang hina...
Tetiba terlintas di benak fikiran kata-kata Prof. Dr. Muhaya "fikir positif, rasa positif, beri positif & kita akan dapat positif begitu juga sebaliknya".
Tatkala kaki melangkah menuju destinasi, selalu ku berfikir adakah ini jalan terbaik yang ku pilih...arahkan diri ini Ya ALLAH ke arah keredhaanMu.
![]() | |||||
Aku rindu tetapi ku bersyukur & redha kerana setiap sesuatu yang dipinjamkan pasti akan ada kehilangan. |
0 comments:
Post a Comment