Pages

Saturday 6 October 2012

Dulu, Kini & Selamanya..... (Usrah)

Bila dihayati pada satu kalimah "usrah", mungkin majoriti mengetahui, & mungkin sebahagian belum & tidak mengetahui...

"usrah" pendek sahaja perkataannya tetapi menyimpan seribu makna & erti...bile diterjemah ke bahasa melayu, ia memberi maksud "keluarga"...nampak ringkas je,tapi bermula dari ukhwah keluarga yang baik  bakal membentuk generasi Q yang berjaya. usrah dalam keluarga, usrah dalam masyarakat, usrah dalam negara, usrah sangat penting dalam melahirkan pemimpin Islam yang berjiwa besar dalam membawa Islam ke mata dunia.

usrah,dari sekolah menengah sampai ke universiti & sehingga kini, merupakan aset terpenting dalam melahirkan generasi yang mampu membangunkan Islam..dari sekolah lagi yana diajar untuk berusrah, dihantar untuk menjadi nuqaba' sehingga la besar kita masih memerlukan usrah.

Institusi usrah bermula sejak awal Nabi SAW ditaklifkan sebagai Khatim al-Anbiya, satu ketika di mana proses penyucian aqidah itu amat penting sekali. Bermula di rumah al-Arqam ibn Abi al-Arqam, konsep usrah ini terus dibawa. Sistem ini kemudiannya digunakan al-Imam Hasan al-Banna sebagai satu wadah pembentukan individu muslim, sebagai teras pembangunan masyarakat Islam sedang dalam masa yang sama memperkasakan umat Islam menuju matlamat daulah Islamiyyah. Dari usrah la, Islam mampu melahirkan insan berilmu, melahirkan pemimpin berjiwa besar, melahirkan serta membangunkan jiwa yang telah mati.

Ya Allah,rindu saat usrah menjadi satu kebiasaan, tatkala kesibukan kerja mengundang usrah dilupakan, kekadang bila saat kotak minda ligat berputar tentang kekurangan dari sudut iman yang perlu ditampung segera, Allah datangkan pertolongan dalam membantu serta mendidik hatiku. Kredit pada sebujur tubuh insan kerdil bergelar adik  & sahabat...terima kasih setinggi penghargaan buat mama usrah nadwah kepimpinan yana Ustazah Al-Farhain Kamaruzzaman yang tidak pernah putus hingga saat ini mengingatkan kami pada suatu kepentingan usrah.

Ya Allah, andai semua tahu betapa pentingnya usrah bukan setakat kewajipan pada peraturan manusia untuk dilaksanakan di sekolah, tetapi ia satu amanah pada diri serta masyarakat,

Ya Allah, andai semua tahu usrah menguatkan jiwa, membentuk hati yang kering, melahirkan jiwa yang telah terkubur, seperti tanah gersang yang disirami air hujan yang membawa rahmat ke seluruh alam..

Ya Allah, andai semua tahu dunia bukan lah destinasi, tetapi hanya sekadar persinggahan & dalam persinggahan yang perlu untuk kita bersama mengutip bekalan sebelum memulakan langkah perjalanan seterusnya ke destinasi terakhir iaitu akhirat...

Andai semua tahu, ku yakin bahawa tidak akan siapa pun mahu meninggalkan kebaikan yang memberi impak yang besar dalm hidup serta mendidik generasi Q yang mampu membangunkan Islam...

Lau kana bainana, Ya Rasulullah, andai engkau masih ada, betapa indahnya, rindu pada sekujur tubuh yang tidak pernah ku tatapi & ku temui...

Ya Rasulullah, andai kau tahu betapa syukurnya diri menjadi umatmu, hanya ucapan selawat mampu ku kirim pada mu tanda kasih umatmu ini yang mencipta kudis di badan sendiri...

Ya Rasulullah, betapa kentalnya jiwa-jiwa insan yang kau lahirkan melalui usrah, sanggup mendepani segala kemungkinan dalam mempertahankan Islam..

Ya Allah, ku sujud tanda syukurku kerana masih mengingatkan diri pada kudis yang ku cipta sendiri pada tubuh ini, sem0ga dengan mengingatimu & kembali kepada fitrahku mampu menghilangkan kudis yang semakin merebak, sem0ga tiada kudis lain sempat hinggap & singgah tuk kali ke-2...

ALLAH, ALLAH, ALLAH....biarlah ku titip nama ini dalam hatiku, untuk ku simpan & kunci erat-erat dalam jiwa ini, biarlah nama ini yang meniti di bibirku...

Ya ALLAH,kuatkan langkahku, pnjamkan aku kekuatanmu, kesabaranmu, ketabahanmu dalam apa jua keadaan semoga dapat ku tempuhi, Allahurabbi,alhamdulillah tidak terkata ku zikirkan alunan asmaul husna agar ku tidak lupa pada 99 nama itu...

Hadir dalam suasana usrah sangat indah rasanya, berkongsi secebis ilmu yang terkadang kita lupa, yang kita tak tahu, berkongsi penafsiran al-Quran & huraiannya membuatkan jiwa ini lebih mendalami Kalam Allah pada manusia melalui Al-Quran...

"Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu. Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah. Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah. Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim. Menghasilkan manusia muslim."

Ini lah usrah, mereka adalah keluargaku,
siapa pun mereka, mereka lah keluarga,
itulah makna ukhwah sebenar lillahi ta'ala ^_^
University of Tarbiyah (usrah)~


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...