Pages

Tuesday 23 October 2012

ciNtA~TauTaN 2 haTi


~SOAL HATI LAKARAN JIWA~

Mudah terungkap di bibir...payah untuk digambarkan melalui realiti
Hati sering berbicara...orang selalu kata & kita suka dengar apa orang kata
Mungkin de yang benar apa dikata, mungkin ada yang boleh dijadikan tauladan, mungkin bisa hanya sekadar bualan & sempadan
Segala suratan telah tertulis sejak azali, jodoh,rezeki, kehidupan & jua kematian setiap insan bergelar hambaNya
Bicara mengenai jodoh, bukan urusan kita, segalanya urusan ALLAH, kita hanya mampu berusaha & merancang...
Melihat kepada sahabat-sahabat yang sudah mendirikan binaan masjid, semua mengatakan perkahwinan itu satu mahligai yang indah & rugi bagi mereka yang tidak mahu berkahwin

Tetapi beza dengan hati yana, dari dulu sampai kini, sejak di bangku sekolah, hati & jiwa lebih terarah kepada impian,kerjaya,belajar & juga balas jasa ibu bapa
Tidak sedikit pun pernah terlintas di hati untuk memikirkan soal berkawan, soal jodoh apatah lagi untuk memberi komitmen kepada hidup berpasangan hatta sehingga kini
Apatah lagi apabila Islam tidak pernah memberi lampu hijau bahawa bercinta sebelum kawen kerana yang ada hanya taaruf sebelum berkahwin

Apabila meningkat dewasa & umur mula mencapai suku abad, pernah hati ini berbisik, indah mungkin hidup berumahtangga, berkongsi hidup membina mahligai & syariat ALLAH serta melahirkan zuriat peneraju ummah...
Huh! Tetapi setiap kali ada yang cuba mendekati, yana takut untuk menghadapi perasaan & juga realiti untuk berkongsi hidup dengan orang lain...kadang-kadang terpikir  diri masih belum sedia untuk terima bahawa yana perlu beri komitmen pada orang lain bahkan impian yang ingin dicapai belum lagi tercapai hatta diri sering memikirkan kekurangan,menjadikan yana lebih selesa membekukan minda untuk berfikir soal jodoh

Ya Allah bukan niat di hati untuk menidakkan perkahwinan itu,sering terpikir bahawa yana tak nak mendirikan rumahtangga tetapi setiap kali terpikirkan kekasih Allah Rasulullah & perlaksanaan syariat, maka akan diri ini laksanakan juga sunnah mu Ya Rasulullah sebagai tanda cinta & kasih ku pada mu kekasih ALLAH. Astaghfirullah Al-‘azim,ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah,sem0ga Kau rahmati hidupku dunia akhirat dengan kasih sayangMu dan hadirkanlah seseorang yang mampu memacu diri ini ke arah cinta & redhaMU.

Susah hati ini untuk diketuk, sehinggakan setiap kali ada yang merisik, yana tolak secara baik dengan alasan yang munasabah...Alhamdulillah parents memahami diri ini setiap kali yana menyuarakan hasrat hati bahawa masih belum bersedia untuk berkahwin

Tetapi kali ini berbeza, apabila nenek menyuarakan hasrat hati sebuah family untuk merisik khabar diri ini, & kesungguhan nenek mahu yana mendirikan mahligai bersama seorang lelaki anak kenalan nenek, yana cuba untuk membuka hati. Tetapi diri ini masih ambil endah tidak endah
Apabila nenek bersungguh memberikan gambar lelaki itu, hanya satu ungkapan dari ku... “insyaALLAH doakan yana jika ada jodoh, yana akan kawen, jika tiada jodoh, yana tak kisah pun hanya perlu redha & berlapang dada, sebab tengok picture still hati masih tidak terusik lagi, jawapan hanya pada ALLAH, jika DIA mengiyakan pada istikharah yana, yana akan terima kali ini dengan hati terbuka & berlapang dada”

Ya ALLAH, diri masih memikirkan samada bakal suamiku nanti boleh terima kekuranganku, kelemahanku, keluargaku seadanya...
Yana selalu pikir, risau menghadapi bakal suamiku nanti, benarkah dia seorang yang lemah lembut terhadap keluarga, berakhlak baik,berilmu agama serta boleh memimpin yana ke arah redhaNya...

Bukannya fobia cuma ketakutan sentiasa menghantui diri apabila menghadapi masa depan yang belum kita ketahui apakah kisah & coretan buat diri mampu kita tempuhi
Tetapi tidak pernah untuk melangkau lebih jauh dari pemikiran realiti, hanya serahkan & bertawakkal segalanya pada Allah dalam penentu jodoh

Maka,tunggulah 2 bulan lagi apa jawapan yang bakal dicipta, samada mendirikan mahligai seperti yang dijanji @ hanya redha dengan ketentuan Illahi...

Saya tetap saya, yang mencipta bahagia di tangan sendiri, yang melakar cerita di pena minda, yang berjalan seiring putaran bumi menanti saat roh di angkat pergi menemui pencipta Teragung Tuhanku Ya Illahi


~insan kerdil mengharap kasih Illahi~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...