IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA (vol. 1)
Di zaman Nabi
Allah Sulaiman telah berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman nampak seekor
semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini
hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang
tandus. Nabi Sulaiman pun bertanya kepada semut; “Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu?”.
Semut pun menjawab; “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya
rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya; “Wahai
semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak
mana engkau makan dalam sebulan?”.
Jawab semut; “Aku makan
hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Sulaiman pun mencadangkan; “Kalau kamu makan sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi
Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam
bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas
itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama
satu bulan.
Bila cukup satu bulan, Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut;
“Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja”.
Jawab semut; “Aku tidak
berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu pasti aku makan
apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan
itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada ALLAH dan ALLAH tidak
pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,
rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah
aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kau lupa”.
0 comments:
Post a Comment