Pages

Monday, 21 January 2013

Kematian Dan Pembalasan Selepasnya....


MANUSIA BANGKIT DARI KUBUR DALAM 12 BARISAN

Suatu ketika, Muaz Bin Jabal r.a menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya : “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman ALLAH s.w.t “datangmu berbaris-baris” – (Surah an-Naba’:18). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.....
Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan iaitu :-

*Barisan Pertama
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kedua
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.....”

*Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Keempat
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kelima
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s.w.t menurunkan angin sehingga bau busuk itu menggangu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut. tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Keenam
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Ketujuh
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kelapan
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kesembilan
Diiringi dari kubur berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kesepuluh
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kesebelas
Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terlunjur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Keduabelas
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih...”

Tuesday, 1 January 2013

Sarapan Pagi buat Hati & Minda (Vol.2) (",)

Sambungan tuk my readers...

11) bertandanglah jarang-jarang anda akan dikasihi.

12) untuk mengenal akhlak dan peribadi seseorang, berikan ia kuasa dan lihat bagaimana dia bertindak.

13) anda dapat mengenal lebih banyak mengenai diri seseorang pada pertanyaan-pertanyaan, bukan daripada jawapan-jawapannya.

14) sesiapa yang mendapat keuntungan dari jenayah adalah berdosa.

15) hati nurani akan mengalami kelemahan, apabila anda selalu bersubahat dengan manusia-manusia yang curang akhlaknya.

16) menonton kecantikan perempuan itu merupakan panah beracun dari panah-panah iblis. siapa yang dapat mengawasi matanya, maka Allah akan memberikannya merasa satu kenikmatan ibadah yang membahagiakan. (Hadis)

17) Apabila seseorang itu menerima pendapat penuh dengan prejudis, maka seluruh bukti dan hujah rasional tidak lagi dapat mengubah pendiriannya,  kerana prejudis dan pra-sangka itu tembok yang menyekat kebenaran yang memasuki mana-mana jiwa.

18) akal fikiran tidak dapat menjalankan kegiatan yang sebenarnya, melainkan apabila menemui masalah rumit yang memerlukan membuat sesuatu kesimpulan dan memikirkan secara mendalam.

19) apa yang diberikan kepada kamu hanya kesenangan sementara saja dalam kehidupan di dunia ini, tetapi apa yang ada di sisi Tuhan itulah yang lebih baik dan lebih kekal untuk orang-orang yang beriman. al-Quran )

Sarapan Pagi buat Hati & Minda (Vol.1) ^_^

Permulaan Tahun 2013 buat my readers 

1) Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum,sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri. (al-Quran)

2) tidak ada yang mustahil sebelum dicuba. 

3) berhutang jangan, memberikan hutang pun jangan, nanti kawan menjadi lawan.

4) bertindak tanpa berfikir memanggil mala petaka.

5) masyarakat yang bahagia ialah masyarakat yang merdeka, aman, adil, makmur dan terhormat.

6) minta nasihat dari orang tua dan muda kemudian timbanglah dengan akal anda sendiri.

7)  barang-barang yang paling baik ialah barang-barang baru. tetapi kawan-kawan yang paling baik ialah kawan-kawan lama.

8) sesungguhnya penanggung dosa tidak menanggung dosa orang lain dan masing-masing manusia memperolehi apa yang diusahakannya dan bahawa hasil usahanya kelak akan dilihat pada hari penghisaban dan kemudiannya akan diberikan balasan yang setimpal.

9) usaha mendisiplinkan diri tumbuh bagi mengawal keinginan nafsu manusia, adalah lahir dari kesedaran moral yang tumbuh dalam dirinya.

10) jika seseorang tidak berguru, gurunya adalah syaitan. 

Monday, 31 December 2012

Puisi buatmu Lu'lu' Manthuura....( Permata Yang Bercahaya )

Kuntum – kuntuman ukhwah layukah di pusara...?

Teman...
Ingin ku bertanya,
Mengapa dan kenapa...

Mengapa dibiarkan,
Kuntuman mewangi ukhwah ini tercemar harumannya...
Tandus keseriannya...
Adakah dek kerana sebuah episod dugaan kecil dari DIA MAHA KUASA,
Kita...sanggup membiarkan,
Kelopak ukhwah bersama harapan dan ketulusan...
Jatuh bertaburan gugur berselerakan...

Temanku,
Diri ini amat merindukan bauan haruman yang dahulu,
Mewangi menusuk ke dalam jiwa masih lemah itu,
Seolah-olahnya memberi sesuatu kekuatan...kekentalan,
Menempuh berbagai rintangan berbau kedukaan...
Dan temanku..
Kaulah ku anggapkan sahabat kiriman dariNya..
Tercipta buat hamba yang kerdil dan dhoif ini..

Entah mengapa, bila mana dugaan yang pernah dihadirkanNya buat diriku telah hilang,
Terbang bersama angin lalu,
Aku berasa amat merindukan tiap titik kedukaan itu...
Biarpun hati ini bagaikan terkoyak pedih lukanya,
Kerana temanku...
Di kala itu,
Haruman ukhwah,
Sentiasa teguh menemani diriku..

Dan Tuhanku...
Andai Kau dengar keluhan hati seorang sahabat yang tiada seberapa ini...
Takdirkanlah apa sahaja yang terbaik buat kami..
Pintaku padaMu Ya Rabbi,
Hadiahkanlah tiap yang terindah buat temanku itu...
Kerana hadirnya,
Pernah merawati keperitan jiwa ini,
Pernah memberi diri ini peluang merasai nikmat yang terindah dalam persahabatan,
Yang walaupun mungkin sekadar seketika cuma...
Namun ku pasrahkan hati ini,
Redho menerimanya...

“Terima kasih yang tidak terhingga buat mu,teman”

Terbitan pena dari seorang teman,
... “Dhumyah” .. 
(Rumaisya Batrisya)

Alfun syukran atas nukilan ini sahabatku :)
ukhwah itu tetap mekar andai ALLAH matlamatnya ^_^

Friday, 30 November 2012

Suara Hati



Arini kita sedar bahawa bumi ini berputar di paksinya sendiri tanpa mengira masa & waktu,
Arini kita sedar bahawa perjalanan itu sangat panjang,
Arini kita sedar bahawa masa itu tidak akan menunggu kita,
Tetapi sedarkah kita bahawa nyawa kita hanya dekat sejengkal berada di pergelangan tengkuk kita sentiasa menemani kita.

Masanya telah tiba bila waktunya sampai…
Masanya akan sampai andai itu panggilan dari Tuhan Sekelian Alam…
Masanya datang pada sesiapa yang dipanggil Tuhan tidak kira pangkat & darjat~

Kelmarin yang pergi takkan kembali*
Arini yang tiba telah kita terokai*
Esok yang menjengah belum kita ketahui*

~Ya ALLAH hambaMu yang hina sentiasa memohon keampunan & syafaat darimu serta kasih sayangMu…Allahurabbuna~



Tuesday, 23 October 2012

ciNtA~TauTaN 2 haTi


~SOAL HATI LAKARAN JIWA~

Mudah terungkap di bibir...payah untuk digambarkan melalui realiti
Hati sering berbicara...orang selalu kata & kita suka dengar apa orang kata
Mungkin de yang benar apa dikata, mungkin ada yang boleh dijadikan tauladan, mungkin bisa hanya sekadar bualan & sempadan
Segala suratan telah tertulis sejak azali, jodoh,rezeki, kehidupan & jua kematian setiap insan bergelar hambaNya
Bicara mengenai jodoh, bukan urusan kita, segalanya urusan ALLAH, kita hanya mampu berusaha & merancang...
Melihat kepada sahabat-sahabat yang sudah mendirikan binaan masjid, semua mengatakan perkahwinan itu satu mahligai yang indah & rugi bagi mereka yang tidak mahu berkahwin

Tetapi beza dengan hati yana, dari dulu sampai kini, sejak di bangku sekolah, hati & jiwa lebih terarah kepada impian,kerjaya,belajar & juga balas jasa ibu bapa
Tidak sedikit pun pernah terlintas di hati untuk memikirkan soal berkawan, soal jodoh apatah lagi untuk memberi komitmen kepada hidup berpasangan hatta sehingga kini
Apatah lagi apabila Islam tidak pernah memberi lampu hijau bahawa bercinta sebelum kawen kerana yang ada hanya taaruf sebelum berkahwin

Apabila meningkat dewasa & umur mula mencapai suku abad, pernah hati ini berbisik, indah mungkin hidup berumahtangga, berkongsi hidup membina mahligai & syariat ALLAH serta melahirkan zuriat peneraju ummah...
Huh! Tetapi setiap kali ada yang cuba mendekati, yana takut untuk menghadapi perasaan & juga realiti untuk berkongsi hidup dengan orang lain...kadang-kadang terpikir  diri masih belum sedia untuk terima bahawa yana perlu beri komitmen pada orang lain bahkan impian yang ingin dicapai belum lagi tercapai hatta diri sering memikirkan kekurangan,menjadikan yana lebih selesa membekukan minda untuk berfikir soal jodoh

Ya Allah bukan niat di hati untuk menidakkan perkahwinan itu,sering terpikir bahawa yana tak nak mendirikan rumahtangga tetapi setiap kali terpikirkan kekasih Allah Rasulullah & perlaksanaan syariat, maka akan diri ini laksanakan juga sunnah mu Ya Rasulullah sebagai tanda cinta & kasih ku pada mu kekasih ALLAH. Astaghfirullah Al-‘azim,ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah,sem0ga Kau rahmati hidupku dunia akhirat dengan kasih sayangMu dan hadirkanlah seseorang yang mampu memacu diri ini ke arah cinta & redhaMU.

Susah hati ini untuk diketuk, sehinggakan setiap kali ada yang merisik, yana tolak secara baik dengan alasan yang munasabah...Alhamdulillah parents memahami diri ini setiap kali yana menyuarakan hasrat hati bahawa masih belum bersedia untuk berkahwin

Tetapi kali ini berbeza, apabila nenek menyuarakan hasrat hati sebuah family untuk merisik khabar diri ini, & kesungguhan nenek mahu yana mendirikan mahligai bersama seorang lelaki anak kenalan nenek, yana cuba untuk membuka hati. Tetapi diri ini masih ambil endah tidak endah
Apabila nenek bersungguh memberikan gambar lelaki itu, hanya satu ungkapan dari ku... “insyaALLAH doakan yana jika ada jodoh, yana akan kawen, jika tiada jodoh, yana tak kisah pun hanya perlu redha & berlapang dada, sebab tengok picture still hati masih tidak terusik lagi, jawapan hanya pada ALLAH, jika DIA mengiyakan pada istikharah yana, yana akan terima kali ini dengan hati terbuka & berlapang dada”

Ya ALLAH, diri masih memikirkan samada bakal suamiku nanti boleh terima kekuranganku, kelemahanku, keluargaku seadanya...
Yana selalu pikir, risau menghadapi bakal suamiku nanti, benarkah dia seorang yang lemah lembut terhadap keluarga, berakhlak baik,berilmu agama serta boleh memimpin yana ke arah redhaNya...

Bukannya fobia cuma ketakutan sentiasa menghantui diri apabila menghadapi masa depan yang belum kita ketahui apakah kisah & coretan buat diri mampu kita tempuhi
Tetapi tidak pernah untuk melangkau lebih jauh dari pemikiran realiti, hanya serahkan & bertawakkal segalanya pada Allah dalam penentu jodoh

Maka,tunggulah 2 bulan lagi apa jawapan yang bakal dicipta, samada mendirikan mahligai seperti yang dijanji @ hanya redha dengan ketentuan Illahi...

Saya tetap saya, yang mencipta bahagia di tangan sendiri, yang melakar cerita di pena minda, yang berjalan seiring putaran bumi menanti saat roh di angkat pergi menemui pencipta Teragung Tuhanku Ya Illahi


~insan kerdil mengharap kasih Illahi~

Sunday, 14 October 2012

~ Memahami Jiwa Mereka ~



Beza Simpati & Empati...mungkin semua orang mampu simpati tapi tak semua orang mampu empati.

Manusia hanya mampu bercakap tapi tak  semua mahu menyelami perasaan insan-insan seperti mereka.

Betul..orang tak mampu merasa apa yang kita rasa, orang hanya mampu melihat & bercakap.

Kadang-kadang terpikir,memang ini sifat manusia,hanya mampu mangadili secara luaran tetapi tak mampu untuk memahami & memberi rangsangan motivasi, inspirasi & resolusi yang terbaik.

Mungkin pernah ada yang mencuba untuk membantu tetapi setakat mana kemahuan & kesabaran itu bertahan untuk membantu, yang terzahir hanya terhenti di tengah jalan.& membiarkan Insan seperti mereka terus hanyut & berlalu tanpa bimbingan. tak semua orang mampu menjadi da'ie terbaik untuk menerima mereka seadanya andai lelah & penat di tengah jalan yang mereka hitungkan.

Dahulu kata kawan,sahabat baik,adik,kakak,saudara seislam..membantu bila gembira,meninggalkan bila terluka & sengsara, susah & payah.
Dahulu mula2 berjanji engkaulah segalanya & akan sentiasa berada di sisi kerana ukhwah itu indah,akhiranya bila penat melanda,sengketa tiba..hanya ungkitan,hanya luahan yang menyakitkan di hujung jalan. akhirnya ukngkapan untuk saling bersama pada mulanya hanya omongan kosong.

Andai seorang ibu mampu mendoakan anaknya selama 30 tahun supaya anaknya diberi hidayah, & ibu itu mampu bersabar, natijahnya ALLAH makbulkan..adakah susah bagi kita untuk mendoakan orang yang terdekat kita supaya berubah dengan penuh sabar & tanpa merungut. insyaALLAH kita mampu andai Islam itu lah pasaknya & Allah lah destinasinya.

Apabila sesama sendiri dikhianati..kesudahan yang tinggal hanya kenangan buruk. yang indah akhirnya tinggal mem0ri & terkubur. inilah sifat insan.
yang sekeliling hanya tahu menyalahkan..Akhirnya baru tersedar bahawa tiada kekuasaan melebihi segalanya melainkan DIA TUHAN YANG ESA PENCIPTA KITA SEKELIAN ALAM


~khas untuk insan yang paling saya cuba fahami keadaan & situasinya sekarang~sem0ga terus berjalan dengan setabah yang mungkin walau apa pun insan lain cuba bercakap. saya akan cuba sedaya upaya pegang kalian selagi nyawa & hayat mampu untuk mendoakan yang terbaik untuk kalian. sem0ga kalian diberkati dunia akhirat~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...