Kuntum – kuntuman ukhwah layukah di
pusara...?
Teman...
Ingin ku bertanya,
Mengapa dan kenapa...
Mengapa dibiarkan,
Kuntuman mewangi
ukhwah ini tercemar harumannya...
Tandus keseriannya...
Adakah dek
kerana sebuah episod dugaan kecil dari DIA MAHA KUASA,
Kita...sanggup
membiarkan,
Kelopak ukhwah
bersama harapan dan ketulusan...
Jatuh bertaburan
gugur berselerakan...
Temanku,
Diri ini amat merindukan bauan haruman yang
dahulu,
Mewangi menusuk ke dalam jiwa masih lemah itu,
Seolah-olahnya memberi sesuatu kekuatan...kekentalan,
Menempuh berbagai rintangan berbau kedukaan...
Dan temanku..
Kaulah ku anggapkan sahabat kiriman dariNya..
Tercipta buat hamba yang kerdil dan dhoif ini..
Entah mengapa,
bila mana dugaan yang pernah dihadirkanNya buat diriku telah hilang,
Terbang bersama
angin lalu,
Aku berasa
amat merindukan tiap titik kedukaan itu...
Biarpun hati
ini bagaikan terkoyak pedih lukanya,
Kerana temanku...
Di kala
itu,
Haruman ukhwah,
Sentiasa teguh
menemani diriku..
Dan Tuhanku...
Andai Kau dengar keluhan hati seorang sahabat yang
tiada seberapa ini...
Takdirkanlah apa sahaja yang terbaik buat kami..
Pintaku padaMu Ya Rabbi,
Hadiahkanlah tiap yang terindah buat temanku
itu...
Kerana hadirnya,
Pernah merawati keperitan jiwa ini,
Pernah memberi diri ini peluang merasai nikmat
yang terindah dalam persahabatan,
Yang walaupun mungkin sekadar seketika cuma...
Namun ku pasrahkan hati ini,
Redho menerimanya...
“Terima kasih yang tidak terhingga buat mu,teman”
Terbitan pena dari seorang teman,
... “Dhumyah” ..
(Rumaisya Batrisya)
Alfun syukran atas nukilan ini sahabatku :) |
ukhwah itu tetap mekar andai ALLAH matlamatnya ^_^ |
0 comments:
Post a Comment