~LULUHAN JIWA~
Thabbit Qulubana bi nuri hidayatik :) |
Ceria itu adalah
diri…
duka itu adalah
hati…
menyusuri
perjalanan yang panjang sukar untuk dimengerti…
kadang berliku
kadang berduri…
di pertengahan jalan
sangat lah sukar menghadapi…
tanpa kekuatan
& ketegaran jati diri…
mungkin boleh jatuh
tersungkur tanpa belas kasihan & sayunya hati….
tetapi kita
perlu sedar, rupanya sepanjang jalan itu ada mata yang memerhati & sudi
menemani…
Dia lah Pencipta
Alam Tuhan Yang Maha Agung (Allahu rabbuna) tanpa kita sedar sudi menghulurkan
secebis kasih buat hambaNya yang disayangi…
Ku lalui malam
di pertengahan jalan,
Hanya air mata
yang laju mengalir tanpa kusedari turut berjalan,
Menggamit sisa
malam keluar mencari teman,
Masihkah ada
yang sudi menghulurkan bantuan,
Disinilah kita
melihat segenap ruang dan peluang,
Moga denyutan
nadi yang berbaki adalah pecutan,
Pecutan dalam
mencari kerahmatan,
kerahmatanMu Ya
Illahi Tuhan Semesta Alam…
Nukilan hati : Ida Dayana
2 comments:
akk suka baca entri ida..insyaAllah ida klu kita sentiasa bersangka baik, ceria, bahagia percayalah bahawa kita sedang menarik gelombang keceriaan =, kebahagian, dekat dengan Allah..percayalah lantas hidup kita bahagia
Alhamdulillah, alfun syukran pada kak ain sebab sudi untuk membaca entri & blog ida...
maf sangat lau de dari blog yang mengguris hati & ntah pe2 entri ida msukkn,sbb ni je diari hati ida tuk luahkan melalui penulisan..
insyaALLAH terima kasih atas nasihat kak ain, kita kena sentiasa mencari gelombang keceriaan & kebahagiaan untuk bina hidup bahagia & dekat padaNya tuhan pencipta alam..
ida pun doakan smoga akak sentiasa di bawah rahmat lindungan kasih sayangNya ,peace no war..
luv our ukhwah mahabbah lillahi ta'ala :)
Post a Comment