~SOAL
HATI LAKARAN JIWA~
Mudah terungkap
di bibir...payah untuk digambarkan melalui realiti
Hati sering
berbicara...orang selalu kata & kita suka dengar apa orang kata
Mungkin de yang
benar apa dikata, mungkin ada yang boleh dijadikan tauladan, mungkin bisa hanya
sekadar bualan & sempadan
Segala suratan
telah tertulis sejak azali, jodoh,rezeki, kehidupan & jua kematian setiap
insan bergelar hambaNya
Bicara mengenai
jodoh, bukan urusan kita, segalanya urusan ALLAH, kita hanya mampu berusaha
& merancang...
Melihat kepada
sahabat-sahabat yang sudah mendirikan binaan masjid, semua mengatakan
perkahwinan itu satu mahligai yang indah & rugi bagi mereka yang tidak mahu
berkahwin
Tetapi beza
dengan hati yana, dari dulu sampai kini, sejak di bangku sekolah, hati &
jiwa lebih terarah kepada impian,kerjaya,belajar & juga balas jasa ibu bapa
Tidak sedikit pun
pernah terlintas di hati untuk memikirkan soal berkawan, soal jodoh apatah lagi
untuk memberi komitmen kepada hidup berpasangan hatta sehingga kini
Apatah lagi apabila
Islam tidak pernah memberi lampu hijau bahawa bercinta sebelum kawen kerana yang
ada hanya taaruf sebelum berkahwin
Apabila meningkat
dewasa & umur mula mencapai suku abad, pernah hati ini berbisik, indah
mungkin hidup berumahtangga, berkongsi hidup membina mahligai & syariat
ALLAH serta melahirkan zuriat peneraju ummah...
Huh! Tetapi
setiap kali ada yang cuba mendekati, yana takut untuk menghadapi perasaan &
juga realiti untuk berkongsi hidup dengan orang lain...kadang-kadang terpikir diri masih belum sedia untuk terima bahawa
yana perlu beri komitmen pada orang lain bahkan impian yang ingin dicapai belum
lagi tercapai hatta diri sering memikirkan kekurangan,menjadikan yana lebih
selesa membekukan minda untuk berfikir soal jodoh
Ya Allah bukan
niat di hati untuk menidakkan perkahwinan itu,sering terpikir bahawa yana tak
nak mendirikan rumahtangga tetapi setiap kali terpikirkan kekasih Allah
Rasulullah & perlaksanaan syariat, maka akan diri ini laksanakan juga
sunnah mu Ya Rasulullah sebagai tanda cinta & kasih ku pada mu kekasih
ALLAH. Astaghfirullah Al-‘azim,ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah,sem0ga Kau
rahmati hidupku dunia akhirat dengan kasih sayangMu dan hadirkanlah seseorang
yang mampu memacu diri ini ke arah cinta & redhaMU.
Susah hati ini untuk
diketuk, sehinggakan setiap kali ada yang merisik, yana tolak secara baik
dengan alasan yang munasabah...Alhamdulillah parents memahami diri ini setiap
kali yana menyuarakan hasrat hati bahawa masih belum bersedia untuk berkahwin
Tetapi kali ini
berbeza, apabila nenek menyuarakan hasrat hati sebuah family untuk merisik
khabar diri ini, & kesungguhan nenek mahu yana mendirikan mahligai bersama
seorang lelaki anak kenalan nenek, yana cuba untuk membuka hati. Tetapi diri ini
masih ambil endah tidak endah
Apabila nenek
bersungguh memberikan gambar lelaki itu, hanya satu ungkapan dari ku... “insyaALLAH doakan yana jika ada jodoh, yana
akan kawen, jika tiada jodoh, yana tak kisah pun hanya perlu redha &
berlapang dada, sebab tengok picture still hati masih tidak terusik lagi,
jawapan hanya pada ALLAH, jika DIA mengiyakan pada istikharah yana, yana akan
terima kali ini dengan hati terbuka & berlapang dada”
Ya ALLAH, diri
masih memikirkan samada bakal suamiku nanti boleh terima kekuranganku,
kelemahanku, keluargaku seadanya...
Yana selalu
pikir, risau menghadapi bakal suamiku nanti, benarkah dia seorang yang lemah
lembut terhadap keluarga, berakhlak baik,berilmu agama serta boleh memimpin
yana ke arah redhaNya...
Bukannya fobia
cuma ketakutan sentiasa menghantui diri apabila menghadapi masa depan yang
belum kita ketahui apakah kisah & coretan buat diri mampu kita tempuhi
Tetapi tidak
pernah untuk melangkau lebih jauh dari pemikiran realiti, hanya serahkan &
bertawakkal segalanya pada Allah dalam penentu jodoh
Maka,tunggulah 2
bulan lagi apa jawapan yang bakal dicipta, samada mendirikan mahligai seperti
yang dijanji @ hanya redha dengan ketentuan Illahi...
Saya tetap saya,
yang mencipta bahagia di tangan sendiri, yang melakar cerita di pena minda,
yang berjalan seiring putaran bumi menanti saat roh di angkat pergi menemui
pencipta Teragung Tuhanku Ya Illahi
~insan kerdil mengharap kasih Illahi~