Pages

Monday, 28 January 2013

~Salam Maulidur Rasul~


kasih buatmu Rasulullah S.A.W
rindu kami padamu kekasih Allah...
tiada ungkapan sejernih airmata yang mampu menggambarkan kecintaan kami kepadamu pembela kami & pemberi syafaat buat kami umatmu <3

Alhamdulillah, ku panjat syukur ke hadrat ILLAHi kerana telah mengurniakan kami pemimpin berjiwa besar,
menjadi rahmat sekelian alam...

ALLAH!! ALLAH!! ALLAH!! Ya Rasululullah <3

Sunday, 27 January 2013

~G.U.R.U~


Guru Muda 1 Malaysia....siapa pun kita, kita adalah guru yang sentiasa berjiwa besar dalam mengajar juga mendidik anak-anak bangsa, sem0ga ilmu yang disampaikan memberi makna yang besar bagi mereka yang menerima bergelar pelajar :)

Wahai aak bangsa bergelar pendidik, ikhlaskan jiwamu, lapangkan dadamu, bentuklah mereka menjadi insan yang berguna, bantulah mereka dalam mencorakkan masa depan mereka...sem0ga setiap perjalanan ini diredhai ALLAH dunia akhirat...

Kurangkan rungutanmu, lekas bertindak memimpin mereka yang dalam kegelapan menuju cahaya yang terang kerana Guru engkaulah pelita yang menerangi malam ^_^

*muhasabah untuk diri semoga guru bukan lah sekadar pekerjaan tetapi menjadikan pekerjaan guru sebagai satu batu loncatan dalam menggapai maghfirah keredhaanNya...ALLAHUAKBAR <3

Friday, 25 January 2013

Tazkirah Qalbu:-



IMAN MANUSIA?? (vol. 2)

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba ALLAH yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba ALLAH ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, berulah penggali ini datang ke kubur untuk tanam mayat.

            Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya; “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”. 

Jawab Imam Suffian; “Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan ALLAH. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.  Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah IMAN Semut lebih kuat dari IMAN Manusia.


Kata Saidina Ali kepada Kamil;

“ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA..
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DI HAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN.”


Tazkirah Qalbu :-


IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA (vol. 1)

            Di zaman Nabi Allah Sulaiman telah berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman pun bertanya kepada semut; “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?”.

       Semut pun menjawab; “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya; “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”.

Jawab semut; “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

       Nabi Sulaiman pun mencadangkan; “Kalau kamu makan sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

       Bila cukup satu bulan, Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut; “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja”.

Jawab semut; “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu pasti aku makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada ALLAH dan ALLAH tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kau lupa”.


Tuesday, 22 January 2013

Don't Forget ALLAH ;)




Don’t forget ALLAH...
You’re down and out,
You just can’t cope,
You wanna shout,
You lost all hope,
On your knees, Begging please...

You turn and pray to find your way,
Hey...you make Do’a,
Allah’s there,
Whoever you are,
‘cos he cares...

Then you forget; to say thank you ALLAH,
You forget; to say Insha ALLAH,
You forget; to say Subhan ALLAH,
Raise your hands; ALHAMDULILLAH!

Lets flashback,
Lets backtrack,
To a time like yours and mind,
The story of the three,
Who longed to be,
To be free of their misery,
Hey...to the one poor,
He opened the doors,
Gave him plenty, of his bounty...

Then you forget; to say thank you ALLAH,
You forget; to say Insha ALLAH,
You forget; to say Subhan ALLAH,
Raise your hands; ALHAMDULILLAH!

Can’t you see,
His promise to you,
Can’t you see,
His promise is true,
Hold on to the rope of ALLAH,
Don’t lose hope in ALLAH,
If you remember ALLAH,
In prosperity,
He’ll not for sake you,
In adversity...
Be mindful of ALLAH,
He’ll guide you to all that is good...

Then you forget; to say thank you ALLAH,
You forget; to say Insha ALLAH,
You forget; to say Subhan ALLAH,
Raise your hands; ALHAMDULILLAH!


You’re down and out,
You just can’t cope,
You wanna shout,
You lost all hope,
On your knees, Begging please,
You turn and pray to find your way...

Monday, 21 January 2013

Kematian Dan Pembalasan Selepasnya....


MANUSIA BANGKIT DARI KUBUR DALAM 12 BARISAN

Suatu ketika, Muaz Bin Jabal r.a menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya : “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman ALLAH s.w.t “datangmu berbaris-baris” – (Surah an-Naba’:18). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.....
Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan iaitu :-

*Barisan Pertama
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kedua
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.....”

*Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Keempat
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kelima
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s.w.t menurunkan angin sehingga bau busuk itu menggangu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut. tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Keenam
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Ketujuh
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kelapan
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kesembilan
Diiringi dari kubur berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kesepuluh
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Kesebelas
Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terlunjur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.....”

*Barisan Keduabelas
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih...”

Tuesday, 1 January 2013

Sarapan Pagi buat Hati & Minda (Vol.2) (",)

Sambungan tuk my readers...

11) bertandanglah jarang-jarang anda akan dikasihi.

12) untuk mengenal akhlak dan peribadi seseorang, berikan ia kuasa dan lihat bagaimana dia bertindak.

13) anda dapat mengenal lebih banyak mengenai diri seseorang pada pertanyaan-pertanyaan, bukan daripada jawapan-jawapannya.

14) sesiapa yang mendapat keuntungan dari jenayah adalah berdosa.

15) hati nurani akan mengalami kelemahan, apabila anda selalu bersubahat dengan manusia-manusia yang curang akhlaknya.

16) menonton kecantikan perempuan itu merupakan panah beracun dari panah-panah iblis. siapa yang dapat mengawasi matanya, maka Allah akan memberikannya merasa satu kenikmatan ibadah yang membahagiakan. (Hadis)

17) Apabila seseorang itu menerima pendapat penuh dengan prejudis, maka seluruh bukti dan hujah rasional tidak lagi dapat mengubah pendiriannya,  kerana prejudis dan pra-sangka itu tembok yang menyekat kebenaran yang memasuki mana-mana jiwa.

18) akal fikiran tidak dapat menjalankan kegiatan yang sebenarnya, melainkan apabila menemui masalah rumit yang memerlukan membuat sesuatu kesimpulan dan memikirkan secara mendalam.

19) apa yang diberikan kepada kamu hanya kesenangan sementara saja dalam kehidupan di dunia ini, tetapi apa yang ada di sisi Tuhan itulah yang lebih baik dan lebih kekal untuk orang-orang yang beriman. al-Quran )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...